Tiga penyandang Naib Presiden PAS disahkan kekal memegang jawatan itu dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti pada Muktamar Tahunan Ke-67 sesi 2021-2023.

Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Pengumuman keputusan tersebut dibuat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman.

Katanya, Keputusan adalah berdasarkan pemilihan yang diadakan semalam.

Pada pemilihan itu, Idris meraih 1,164 undi, Datuk Mohd Amar (956 undi) manakala Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri (778 undi).

Bagaimanapun katanya, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang turut bertanding bagi jawatan tersebut sekadar meraih 623 undi sekali gus gagal melayakkan diri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini