Persidangan serta Pameran Antarabangsa Greentech dan Produk Eko Malaysia Ke-12 (IGEM 2021) yang berakhir Disember tahun lalu, berjaya menjana potensi pelaburan perniagaan bernilai RM4.6 bilion.

Ia meningkat 35. 3 peratus berbanding RM3.4 bilion yang dicatatkan pada edisi sebelumnya. Dalam tempoh enam bulan penganjuran, IGEM 2021 telah mencatatkan lebih 15,000 pelawat berdaftar.

Selain itu, sebanyak 144 sesi persidangan membabitkan 26 rakan persidangan yang terdiri daripada 250 pakar telah berjaya dianjurkan. Manakala rekod kehadiran peserta persidangan mencecah seramai 8,496 perwakilan peringkat nasional dan antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini