Influenza-Like-Illness, ILI, sindrom jangkitan saluran pernafasan akut seperti demam tinggi, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit dan lemah otot atau sendi.
Ia disebabkan jangkitan pelbagai jenis virus respiratori.
Antaranya, Influenza A dan B, selain virus ‘Human para-influenza’ dan ‘Respiratory Syncytial’ (RSV).
Virus biasanya menular melalui titisan cairan pernafasan yang mudah tersebar di ruangan yang sesak dengan pengudaraan kurang baik.
Juga, tempat-tempat yang berisiko berlaku sentuhan fizikal.
Gejala, boleh berlarutan selama beberapa hari dan akan sembuh sendiri dengan perawatan sokongan.
Ia termasuklah rehat yang mencukupi, pengambilan ubat-ubatan seperti ubat demam dan batuk, selain pemakanan dan hidrasi yang mencukupi.