Satu lagi kluster Influenza-Like-Illness (ILI) dikesan di Selangor.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, ia membabitkan sebuah sekolah menengah berasrama di Petaling.

Kluster dikesan Selasa lalu, selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) menerima maklumat 110 pelajar bergejala demam, batuk, selesema dan sakit tekak.

Kes pertama dikenal pasti bergejala sejak 14-Jun lalu.

Setakat semalam, 191 pelajar pelajar disahkan mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan atas seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak.

Kadar serangan jangkitan, 32.5 peratus.

Lima daripada 191 pelajar itu, positif influenza A, manakala 13 sampel lagi, masih menunggu keputusan.

Terdapat satu kes berada di hospital untuk pemantauan dan berada dalam keadaan stabil.

Ujian COVID-19 ke atas 30 pelajar bergejala mendapati, kesemuanya negatif.

Asrama sekolah berkenaan ditutup sementara untuk disinfeksi dan mengawal penularan virus.

Keputusan membukanya semula bergantung kepada penilaian risiko ulangan dijalankan PKD Petaling.

19 Jun lalu, satu kluster ILI dikesan membabitkan sebuah sekolah berasrama penuh di Gombak, Selangor.

226 pelajar mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dengan enam darpadanya, positif Influenza A.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini