Penjenamaan imej TVET Kementerian Pendidikan (KPM) amat signifikan dan bertepatan dengan arus perubahan pendidikan masa kini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid berkata, ia penting dalam mewujudkan satu identiti korporat yang memaparkan keseragaman TVET KPM dalam semua aspek.

Penjenamaannya merangkumi logo tunggal Kolej Vokasional, lagu rasmi Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di seluruh negara.

Penghasilan “Coffee Table Book” TVET KPM juga merupakan salah satu elemen penting bagi mempromosi, mendidik dan memberi kesedaran masyarakat umum berkaitan kepentingan dan kerjaya program-program TVET yang ditawarkan KPM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini