Sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja yang berselindung di sebalik agensi pekerjaan haram berjaya ditumpaskan.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud serbuan dilakukan Rabu lalu di dua premis berasingan di Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor.

Sindiket didalangi lelaki warga Bangladesh berusia 42 tahun yang berstatus pemegang Pemastautin Tetap sejak tahun 2015.

Modus operandi sindiket, menubuhkan syarikat pembinaan dan agensi pekerjaan haram untuk mengaburi pihak berkuasa dan meyakinkan pelanggan untuk urusan pengambilan pekerja asing dengan bayaran antara 3 ribu 500 ringgit hingga RM4,200 bagi setiap permohonan.

Turut ditahan wanita tempatan yang merupakan pemilik syarikat pembinaan selain dua lelaki warga Bangladesh disyaki ‘orang tengah’ antara syarikat dan pelanggan.

Berdasarkan bayaran dikenakan serta jumlah rampasan pasport, sindiket dipercayai mampu mengaut keuntungan RM2 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini