Susulan kenaikan harga ayam, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengambil langkah awal dengan mengimport ayam sejuk beku dari Thailand dan China.

Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pengambilan ayam dari luar negara hanya sementara waktu untuk menstabilkan harga di peringkat runcit.

Beliau berkata demikian di Tapak Rekreasi Sungai Tehel, Bemban. Kerajaan telah berusaha mengawal harga ayam melalui harga maksimum di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia.

Harga maksimum ayam standard ditetapkan RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong di Semenanjung kecuali Langkawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini