Sebuah inap desa atau homestay dua tingkat yang terletak di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar musnah dalam kebakaran jam 3.10 petang semalam.

Kebakaran menyebabkan 40 peratus bahagian tingkat atas rumah berkenaan musnah.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.14 petang.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar dibantu Pasukan Bomba Sukarela Kaki Bukit dan Felda Lubuk Sireh bergegas ke lokasi.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Arisham Mahamud bersama sembilan anggota berserta dua buah jentera dan dua buah kenderaan utiliti.

Pasukan bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran daripada merebak ke bahagian lain inap desa berkenaan.

Operasi tamat sepenuhnya pada 3.47 petang dan tiada mangsa terlibat dalam kebakaran terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini