Indeks Daya Huni Malaysia akan diperkenal bagi melihat pelaksanaan Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN Ke-4) serta aspek daya huni yang memberi nilai tambah dalam merancakkan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, indeks tersebut akan menjadi pengukuran berimpak tinggi kepada semua lokaliti dalam memastikan perancangan perbandaran dirangka, mengambil kira semua kriteria di bawah RFN Ke-4.

Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada majlis Sambutan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar di Malaysia sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar dan Desa Sedunia 2021.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan RFN Ke-4. Ia merupakan dokumen strategik yang menggariskan dasar pembangunan spatial negara selaras Rancangan Malaysia Ke-12. RFN Ke-4 dirangka dengan 3 teras pembangunan utama, 11 Hala Tuju Strategik dan 39 tindakan pelaksanaan.

Ia bagi memastikan Malaysia mampu menjadi negara makmur dan berdaya tahan dari segi ekonomi, alam sekitar dan keseimbangan sosial, demi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.       

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini