Melaka mencatatkan penurunan indeks jenayah melibatkan pelbagai kes bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini dengan hanya 605 kes berbanding 619 kes tempoh sama tahun lepas.

Menurut Ketua Polis Melaka,Datuk Zainol Samah sebanyak 318 kes berjaya diselesaikan dalam tempoh lima bulan.

Bagi kes dadah pula, 373 kes telah diambil tindakan dengan jumlah tangkapan lebih seribu suspek.

Beliau berkata demikian selepas majlis Program Townhall Bembanku Maju Jaya di Jasin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini