Kadar jenayah indeks di Johor bagi Januari hingga Oktober lepas, turun kepada 3,707 kes berbanding 6,176 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penurunan sebanyak 40 peratus itu hasil kerjasama erat polis dan orang awam selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam tempoh sama, jenayah harta benda turun kira-kira 2,000 kes, jenayah kekerasan turun 355 kes, manakala jenayah curi motosikal, turun sebanyak 1,062 kes.
 
Polis Johor juga merekodkan tangkapan kes dadah kedua tertinggi dalam negara, iaitu 11,461 orang.
 
Selain membongkar aktiviti lima makmal haram dan enam stor penyimpanan dadah.

Beliau berkata demikian semasa program townhall di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini