Malaysia berada pada kedudukan ke-13 daripada 122 negara dalam senarai Indeks Pemulihan Covid 19 Nikkei.

Menurut Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, pencapaian tersebut diharap menjadi pemangkin kepada ekonomi negara kembali pulih tahun ini.

Ia juga bukti usaha vaksinasi membuahkan hasil dalam mengurangkan kadar jangkitan, selain pematuhan SOP yang tinggi dalam kalangan rakyat.

Hasil kajian Nikkei Asia tersebut mengukur tahap pemulihan sesebuah negara daripada pandemik COVID-19.

Indeks dinilai berdasarkan pengurusan jangkitan, kemajuan vaksinasi dan mobiliti sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini