India mengadakan pertemuan dengan Rusia, Iran dan 5 lagi negara Asia Tengah.

Perbincangan tersebut bagi mengetengahkan isu dihadapi negara jiran, Afghanistan selepas pentadbiran diambil alih oleh Taliban.

Ketua keselamatan dari negara tersebut menyertai rundingan termasuk Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Wakil dari Afghanistan tidak dijemput, manakala Pakistan dan China menolak untuk menyertai.

Malah penasihat keselamatan kebangsaan dari Pakistan, Moeed Yusuf menyifatkan India sebagai “perosak” dan bukan pengaman di Afghanistan.

Wakil keselamatan India, Ajit Doval berharap mereka dapat mencapai kata sepakat bagi membantu mencari jalan keluar untuk rakyat Afghanistan dan meningkatkan keselamatan dan kestabilan kolektif rantau tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini