Lima negeri di India bakal mengadakan pilihan raya dewan undangan negeri pada Februari dan Mac di tengah-tengah langkah keselamatan COVID-19 yang dipertingkatkan.

Lebih 183 juta orang layak mengundi dalam pilihan raya itu dan kira-kira 85 juta daripadanya merupakan pengundi wanita.

Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menguasai empat negeri manakala parti Kongres pembangkang berkuasa di Punjab.

Semasa mengumumkan jadual pilihan raya di New Delhi, Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya, Sushil Chandra dilihat tidak begitu bimbang dengan risiko penularan COVID-19.

Beliau menegaskan bahawa lonjakan jangkitan baru-baru ini adalah dari tempat-tempat seperti Maharashtra, Delhi dan Karnataka, dan bukan dari negeri-negeri yang terlibat dengan pilihan raya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini