Susulan tekanan dan provokasi terhadap penduduk Islam di India.

India diminta agar segera menamatkan tindakan keras ke atas umat Islam yang terlibat dalam himpunan bantahan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Perkara tersebut ditegaskan Amnesty International, semalam. Jurucakap Amnesty, Aakar Patek, berkata pihak berkuasa secara selektif dan kejam menyerang umat Islam yang berani bersuara bagi menentang diskriminasi yang dihadapi oleh mereka.

Media tempatan melaporkan dua penunjuk perasaan terbunuh dan ratusan lain ditangkap minggu lalu yang menjerumuskan India dalam kemelut diplomatik di samping mengundang kemarahan meluas umat Islam seluruh dunia.

Rakaman jentolak merobohkan rumah mereka yang ditangkap atau dikenal pasti sebagai peserta penunjuk perasaan mula tersebar di media sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini