Monyet macaque dianggap suci di India. Namun, bilangannya yang semakin meningkat memaksa pihak berkuasa negeri Himachal Pradesh memandulkan haiwan tersebut. Kaedah pemandulan yang digunakan pihak berkuasa adalah dengan memberi haiwan tersebut pil pencegah hamil yang perlu dimakan monyet-monyet tersebut, pil itu akan dicampurkan ke dalam makanan. Kata seorang pegawai dari Delhi Selatan, sebanyak 20 kes gigitan monyet dilaporkan berlaku setiap hari.
Utama Edisi Semasa