Angka kes COVID-19 India meningkat kepada 34,889,132 pada Ahad, apabila 27,553 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terkini kementerian kesihatan negara itu, turut memaklumkan, 284 kematian akibat pandemik yang dilaporkan sejak pagi Sabtu.

Masih terdapat 122,801 kes aktif COVID-19,  berikutan peningkatan sebanyak 18,020 kes aktif dalam tempoh 24 jam yang lalu, iaitu hari kelima berturut-turut jumlah kes aktif meningkat di India.

Sebanyak 34,284,561 individu telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 9,249 orang daripadanya dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Sementara itu, data juga menunjukkan jumlah kes Omicron di India,  mencecah 1,525, dengan Maharashtra dan Delhi masing-masing melaporkan 460 dan 351 kes.

Sehingga kini, 560 pesakit Omicron telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini