India akan memansuhkan tiga undang-undang reformasi pertanian yang sebelum ini mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran hampir setahun oleh golongan petani.

Susulan perkembangan terbaharu itu, beliau merayu petani yang terlibat dalam protes untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dan mulakan hidup baharu.

Ribuan petani telah berhimpun di sempadan ibu negara negara New Delhi sejak November tahun lepas sekaligus menjadi cabaran terbesar kepada Modi sejak berkuasa pada 2014.

Undang-undang berkenaan ditolak petani kerana khuatir berlaku penindasan terhadap mereka dengan memberi peluang syarikat besar ambil alih sektor pertanian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini