India mulakan suntikan vaksin kepada remaja dalam lingkungan umur 15 hingga 18 tahun susulan peningkatan jumlah kes harian COVID-19 di kebanyakan bandar utama negara itu.

Perdana Menteri, Narendra Modi pada bulan lepas mengumumkan vaksinasi kepada golongan itu dan dos penggalak untuk pekerja sektor kesihatan serta barisan hadapan bermula bulan ini.

Kementerian Kesihatan India melaporkan 33,750 kes jangkitan baharu di rekodkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah itu adalah pertama kali melebihi 30,000 kes sejak pertengahan September tahun lepas.

India juga telah merekodkan 1,700 kes Omicron.

Maharashtra merekodkan kes tertinggi Omicron iaitu 510 kes diikuti New Delhi (351).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini