India bakal buka pintu negaranya kepada warga asing lengkap vaksin COVID-19 dari seluruh dunia termasuk Malaysia mulai Isnin depan, tanpa syarat kuarantin.

Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N.Reddy berkata pengembara ke India hanya perlu menjalani ujian saringan pra-ketibaan untuk COVID-19 di negara asal, 72 jam sebelum berlepas.

Menurut Reddy lagi, kedua-dua kerajaan Malaysia dan India juga sedang mengadakan perbincangan untuk mengadakan kerjasama gelembung perjalanan.

Keputusan kerajaan India menyenaraikan Malaysia antara negara tidak berisiko untuk penularan COVID-19, dijangka mempermudah perjalanan antara kedua-dua negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini