India terus komited dalam usaha memerangi pemanasan global. Terkini, negara itu menetapkan sasaran pelepasan karbon “sifar bersih” menjelang 2070. Ia adalah antara lima ikrar yang dibuat Perdana Menteri India Narendra Modi semasa berucap pada Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Britain.

Menurut Modi, India akan mengurangkan sebanyak satu bilion tan metrik jumlah pelepasan karbon yang diunjurkan ketika ini sehingga 2030. India juga akan mengurangkan intensiti karbon ekonomi kepada kurang daripada 45 peratus dalam tempoh yang sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini