India tidak bercadang ambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 memandangkan banyak kes jangkitan berlaku secara semula jadi.

Kerajaan India juga percaya dua dos vaksin yang sudah diambil ketika ini mampu memberikan perlindungan lengkap.

Pakar perubatan di India menggesa kerajaan supaya memulakan suntikan dos penggalak seperti di kebanyakan negara Barat.

Namun, pihak berkuasa India mahu menumpukan pemberian dua dos vaksin kepada 944 juta orang dewasa di negara itu.

Setakat ini, 81 peratus penduduk dewasa sudah menerima satu dos vaksin COVID-19, manakala 43 peratus lagi sudah lengkap.

Tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah melengkapkan dos vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa.

Majoriti penduduk di India dijangkiti Covid-19 secara semula jadi dan dua dos vaksin yang diberikan sebelum ini mencukupi untuk perlindungan.

India kini berjaya mengawal kadar jangkitan walaupun selepas perayaan Deepavali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini