Prestasi indikator Matlamat Pembangunan Mampan, SDG negara meningkat kepada 59 peratus pada tahun 2020 berbanding 52 peratus pada tahun sebelumnya.

Pencapaian positif direkodkan dengan 49 indikator atau 34 peratus berjaya dipenuhi pada tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan memaklumkan, penyusunan indikator adalah berdasarkan statistik dan dapatan survei serta rekod pentadbiran daripada 36 agensi dan kementerian.

Tiga matlamat dengan pencapaian tertinggi adalah, Matlamat 4: Pendidikan Berkualiti sebanyak 92 peratus; Matlamat 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur, juga 92 peratus; dan Matlamat 3: Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan 89 peratus.

Usaha berterusan telah dilaksanakan Jabatan Perangkaan untuk mengurangkan jurang data indikator SDG termasuk pelaksanaan Survei Indikator Isi Rumah Nasional, NHIS 2021 yang menyumbang 22 indikator.

Hasil daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2020 turut menyumbang kepada 15 lagi indikator manakala lapan indikator ditambah melalui Banci Ekonomi.

Peningkatan SDG akan dapat membantu kerajaan dalam membuat pemantauan terhadap pencapaian Agenda 2030.

Jabatan Perangkaan terus mempergiat usaha pembangunan indikator bersama kementerian, agensi serta akademia bagi meningkatkan ketersediaan data ke arah pemantauan SDG yang lebih inklusif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini