Individu yang pakar membaiki barangan elektrik dan elektronik disaran tampil untuk bersama membantu penduduk terjejas banjir.

Pengurus Projek Sukarelawan Membaiki Barangan Eletrik, Hisham Mispirin berkata, ini bagi mengurangkan beban dan kerugian yg dialami mereka.

Tambah beliau, ia juga dilihat sebagai tanda sokongan moral dalam membantu membina semula semangat kehidupan penduduk terlibat banjir.

Hisham berkata sepanjang pasukannya memberi perkhidmatan membaiki peralatan eletrik, didapati 90 peratus tidak mengalami kerosakan.

Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita selepas rancangan Selamat Pagi Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini