Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, antara individu yang menerima suntikan vaksin penggalak COVID-19 di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Individu lain yang turut menerima dos berkenaan ialah Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Seremban dan ketua-ketua jabatan.

Datuk Seri Aminuddin turut menyeru mereka yang telah tersenarai untuk menerima vaksin penggalak itu, supaya menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Setakat 12 November lalu, lebih 35,000 orang terdiri daripada petugas barisan hadapan dan warga emas, telah menerima dos berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini