Indonesia dijangka menghantar seramai 5,000 hingga 10,000 rakyatnya untuk bekerja di negara ini, bulan depan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata jumlah itu termasuk pekerja yang bakal bekerja di sektor pembinaan, pembuatan dan pekhidmat domestik Indonesia (PDI).

Tambahnya, satu jawatankuasa khas bagi memantau kebajikan pekerja asing dari Indonesia bakal ditubuhkan dalam masa terdekat.

Ia merupakan antara perkara yang dipersetujui hasil pertemuan bersama rakan sejabatnya, Ida Fauziyah di Indonesia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini