Indonesia akan memindahkan ibu negara ke kepulauan Borneo mulai suku pertama tahun 2024.

Negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu merancang memindahkan ibu negara dari Jakarta ke lokasi baharu di Kalimantan Timur.

Parlimen Indonesia dijangka meluluskan RUU itu sebagai undang-undang tahun ini, membolehkan projek bernilai RM192.16 bilion dimulakan sebelum pilihan raya Presiden 2024.

Indonesia mempertimbangkan idea pemindahan itu sejak berdekad lalu,  menjadi negara ketiga di Asia Tenggara berbuat demikian selepas Malaysia dan Myanmar.

Malaysia memindahkan pusat pentadbiran ke Putrajaya pada 2003 manakala dan Myanmar memindahkan ibu negaranya ke Naypyidaw pada 2006.

Langkah itu diperlukan oleh Jokowi memandangkan Jakarta kini mempunyai 10 juta penduduk, sering mengalami kesesakan lalu lintas dan banjir serta tahap pencemaran udara tidak sihat.

Di bawah rancangan itu, ibu pejabat pentadbiran negara dipindahkan secara berperingkat antara dua hingga empat tahun, kecuali bank pusat dan pejabat utama pihak berkuasa perkhidmatan kewangan, yang akan kekal di Jakarta sebagai hab kewangan dan komersial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini