Indonesia mengeluarkan perintah terbaharu berupa sekatan perjalanan menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2022. Menteri Dalam Negeri, Tito Karnavian menjelaskan, sekatan tersebut bakal berkuatkuasa bermula 24 Disember hingga 2 Januari.

Perintah tersebut melarang penduduk belum divaksin atau tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan bagi melakukan perjalanan jarak jauh dalam usaha menyekat penularan wabak COVID-19. Hanya penduduk yang lengkap vaksinasi wajib dibenarkan melakukan perjalanan jauh tetapi perlu melakukan saringan dalam tempoh 24 jam sebelum memulakan perjalanan.

Seluruh agensi turut diarah meningkatkan kesiapsiagaan berikutan cuti panjang sempena musim perayaan dan tahun baharu melibatkan pergerakan aliran trafik antara daerah dan provinsi dijangka bertambah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini