Di Indonesia,  Kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron Covid-19 dikesan pada seorang lelaki berusia 37 tahun dari  Medan.

Kementerian Kesihatan  Indonesia menyatakan, lelaki itu dan isterinya yang melawat Jakarta sebulan sekali, tiba di ibu negara pada 6 Disember lalu.

Mereka juga berkunjung ke Pusat Beli-belah Ashta District 8 di Daerah Pusat Perniagaan Sudirman, Jakarta Selatan pada 17 Disember.

Berikutan itu, kementerian sedang menjalankan pengesanan kontak rapat menyeluruh di kawasan itu untuk menghentikan varian Omicron daripada merebak.

Lelaki tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tanpa gejala ; kini dikuarantin di hospital.

Ujian swab antigen didapati positif pada 19 Disember, manakala isterinya negatif.

Sampel itu kemudian dihantar ke Makmal GSI dan keputusan yang diperoleh pada 26 Disember menunjukkan positif Omicron.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Indonesia merekodkan 47 kes Omicron, 46 daripadanya adalah kes import dan satu jangkitan tempatan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini