Indonesia melarang penjawat awam dan pekerja GLC  mengambil cuti sempena Hari Krismas serta Tahun Baharu.

Ia sebagai langkah awal untuk membendung peningkatan mendadak jangkitan COVID-19.

Arahan itu dikeluarkan untuk 4.2 juta penjawat awam dan dua juta pekerja GLC serta banyak firma swasta lain.

Sebarang aktiviti kesenian, kebudayaan dan sukan juga tidak dibenarkan antara 24 Disember sehingga 2 Januari depan.

Menurut pekeliling Kementerian Hal Ehwal Tempatan, arahan sama turut merangkumi penutupan kesemua dataran pada 31 Disember sehingga 1 Januari depan.

Sebelum ini, jumlah jangkitan dan kematian melonjak selepas cuti, dengan hospital berdepan kekurangan bekalan oksigen yang teruk.

Indonesia kini membuka semula sempadannya dan menarik  sekatan pergerakan berikutan angka jangkitan dan kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara menunjukkan penurunan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini