Indonesia mahu sektor pelancongan dan perjalanan di negara ASEAN ditingkatkan seiring penurunan kes Covid-19 di Asia Tenggara.

Peningkatan sektor pelancongan dapat dilakukan dengan mengiktiraf sijil vaksin antara negara-negara ASEAN.

Presiden Indonesia, Jokowi , semasa Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan ASEAN , menyatakan – Pengiktirafan sijil vaksin di rantau ini termasuk kebolehoperasian sistem vaksin perlu segera dilakukan.

Jokowi juga mahu ASEAN Travel Corridor Arrangement Framework yang digagaskan di Indonesia tahun lalu diimplementasikan segera.

Negara-negara ASEAN perlu segera mengatur perjalanan bagi individu yang sudah divaksinasi serta disahkan sihat atau negatif Covid-19.

Oleh itu, beliau mahu sekatan terhadap penduduk ASEAN dikurangkan.

Sekiranya semua negara ASEAN memastikan keselamatan pergerakan orang ramai, Jokowi yakin ekonomi dapat pulih kembali.

Berdasarkan rekod Organisasi Pelancongan Dunia , tahap sekatan Covid-19 di Asia Tenggara adalah paling tinggi di dunia sebanyak 82 peratus. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini