Langkah beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Kejohanan Badminton Indonesia Masters tersekat di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi petang tadi.
 
Biarpun tewas namun pasangan negara itu berjaya memberi cabaran sengit sebelum tunduk dalam pertarungan 3 set.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali,  Aaron-Wooi Yik bermula perlahan sekali gus memberi ruang kepada lawannya melakar kemenangan 21-18 pada set pertama.
 
Pasangan negara dilihat mula mempamerkan kebangkitan untuk meraih kemenangan dengan keputusan 21-19 sebelum tewas pada set ketiga 17-21.

Selepas ini mereka akan meneruskan saingan seterusnya pada Kejohanan Terbuka Indonesia yang akan membuka tirainya pada 23 November ini.
 
Mereka dijadual bertemu pemain Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel pada pusingan pertama kejohanan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini