Dua wakil negara mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan pasangan lawan masing-masing pada Kejohanan Indonesia Masters di Bali, Indonesia, hari ini.

Pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat- Shevon Lai, tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan pasangan dari Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Lohau, 21-12, 21-15.

Mereka akan bertemu sama ada pasangan dari Indonesia, Rinov Rivaldo- Pitha Haningtyas Mentari ataupun Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.

Sementara dalam aksi beregu wanita pula, gandingan muda, Pearly Tan- M Thinaah menewaskan rakan senegara gandingan Vivian Hoo- Lim Chief Sien, 21-15, 22-20.

Mereka akan bertemu pasangan Indonesia Fitriani-Yulia Yosephine Susanto di pusingan kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini