Pasangan beregu badminton campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terpaksa akur terkeluar awal daripada kejohanan Indonesia Masters selepas tumpas kepada pasangan Jerman pada peringkat Pusingan 1, hari ini.

Mereka tewas mudah kepada pasangan Jerman, Jones Ralfy Jansen-Linda Efler dengan skor 13-21 dan 19-21.

Mereka akur dengan kesilapan sendiri yang dilakukan di atas gelanggang. 

Bagaimanapun pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016 itu mahu memperbaiki aspek taktikal sebelum menyertai saingan kedua di Kejohanan Terbuka Indonesia, minggu depan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini