Pasangan beregu lelaki, Ong Yew Sin – Teo Ee Yi berjaya mara ke separuh akhir, Indonesia Masters.

Mereka menundukkan rakan senegara, gandingan Nur Izzuddin – Goh Sze Fei, 21-13, 18-21, 21-18.

Beraksi selama 58 minit, Yew Sin – Ee Yi diheret sehingga ke set penentuan, namun Izzudin – Sze Fei akhirnya terpaksa akur dengan kekuatan lawan.

Pada aksi separuh akhir nanti, Yew Sin – Ee Yi dijadual bertemu beregu Indonesia, antara Marcus Gideon – Kevin Sanjaya atau gandingan Pramudya Kusuma wardana – Yeremia Rambitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini