Pemain beregu lelaki muda negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menang mudah dan mara ke pusingan kedua Kejohanan Indonesia Masters, hari ini.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menang mudah ke atas gandingan Korea Selatan, Seo Seungjae-Kim Hye Jong, 21-17, 21-13 dalam hanya 21 minit.
 
Mereka dijadual bertemu pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada pusingan kedua.

Manakala, gandingan beregu campuran muda negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See turut berjaya mara selepas pasangan Jepun, Yujiro Nishikawa-Saori Ozaki menarik diri susulan kecederaan Ozaki.
 
Pada pusingan kedua nanti, mereka akan bertemu pasangan Jerman, Jones Ralfy Jansen-Linda Efler yang mengalahkan wakil negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini