Aksi Suku Akhir Kejohanan Indonesia Masters.

Pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron – Cheah Yee See tewas di tangan pemain pilihan pertama kejohanan, Dechapol Puavara nukroh – Sapsiree Taerat tanachai,  21-17, 21-9, sebentar tadi. 

Beraksi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, cabaran pertama Malaysia yang dibawa oleh Pang Ron – Yee See memulakan saingan dengan agak baik.

Namun mereka kehilangan rentak permainan apabila pesaingnya menukar strategi.
 
Pada set kedua, mereka kelihatan penat dan gagal bangkit semula untuk memberi tentangan. 

Gandingan muda negara tersebut percaya ia akan menjadi pengalaman yang sangat penting sebelum memulakan pertarungan keduanya di Kejohanan Terbuka Indonesia, minggu depan.
 
Mereka yang kini berada di ranking ke 25 dunia dijadual menentang pasangan dari Jepun, Yuta Watanabe – Arisa Higashimo.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini