Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, menarik diri di set pertama menentang pemain Denmark, Rasmus Gemke pada Kejohanan Indonesia Masters, hari ini.

Ia susulan kecederaan belakang yang membelenggu beliau sejak Kejohanan Terbuka Hylo 2021 yang berlangsung dua minggu lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata beliau mahu pulih sebaik mungkin sebelum dua kejohanan utama iaitu Jelajah Dunia Akhir BWF dan Kejohanan Badminton Dunia Sepanyol.

Bagaimanapun, Juara All England tersebut tidak menolak kemungkinan untuk menguji tahap kemampuan sekali lagi pada Kejohanan Terbuka Indonesia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini