Indonesia melancarkan kempen vaksinasi terhadap ternakan di seluruh negara susulan kemunculan semula wabak penyakit kuku dan mulut (FMD).

Penyakit yang sangat mudah menular melibatkan haiwan ternakan termasuk lembu, biri-biri, babi dan kambing kini telah merebak di 181 kawasan selepas dikesan di wilayah Jawa Timur pada akhir April.

Pada Selasa, Kementerian Pertanian Indonesia memulakan kempen vaksinasi FMD di Sidoarjo, Jawa Timur, antara kawasan yang terjejas teruk akibat wabak itu.

Ketika ini, pihak berkuasa menggunakan vaksin yang diimport dari Perancis sementara membangunkan vaksin buatan tempatan.

Sehingga kini, lebih 150,000 haiwan dilaporkan dijangkiti wabak itu dan sekurang-kurangnya 760 haiwan telah mati.

Lebih 41,000 ternakan telah pulih setakat ini berikutan pihak berkuasa mengarahkan paramedik veterinar mengedarkan ubat-ubatan, antibiotik, vitamin, penggalak imun serta agen pembasmi kuman kepada penternak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini