Indonesia merancang untuk memberikan suntikan dos penggalak selepas 50 peratus penduduknya lengkap divaksin.

Langkah itu dijangka bermula hujung Disember ini.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin ketika memberitahu sidang Parlimen negara itu berkata, keputusan itu adalah bukti keprihatinan pemerintah menangani masalah Covid-19.

Menurutnya, dos penggalak itu akan diberikan secara percuma dengan mengutamakan warga tua dan golongan miskin.

Manakala penduduk lain mungkin perlu membayar untuk mendapatkan suntikan tersebut.

Indonesia sebelum ini pernah menjadi tapak penularan Covid-19 di Asia, sudahpun memvaksin 29 peratus daripada 270 juta penduduknya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini