Indonesia akan memindahkan ibu negara ke kepulauan Borneo mulai suku pertama tahun 2024.

Negara itu merancang memindahkan ibu negara dari Jakarta ke lokasi baharu di Kalimantan Timur.

Ia dijangka akan menelan belanja bernilai 192.16 bilion ringgit.

Langkah itu diperlukan memandangkan Jakarta kini mempunyai 10 juta penduduk, sering mengalami kesesakan lalu lintas dan banjir .

Indonesia mempertimbangkan idea pemindahan itu sejak berdekad lalu, menjadi negara ketiga di Asia Tenggara berbuat demikian selepas Malaysia dan Myanmar.

Malaysia memindahkan pusat pentadbiran ke Putrajaya pada 2003, manakala Myanmar memindahkan ibu negaranya ke Naypyidaw pada 2006.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini