Populasi dewasa di Indonesia akan mendapat dos penggalak vaksin COVID-19 mulai 12 Januari.

Individu berumur 18 tahun ke atas yang telah lengkap suntikan dua dos vaksin untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, boleh mendapatkan suntikan penggalak.

Menurut Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin, dos penggalak akan disalurkan kepada daerah atau bandar dengan kriteria kadar vaksinasi mencecah 70 peratus bagi dos pertama dan 60 peratus dos kedua.

Terdapat 244 kawasan dan bandar yang telah memenuhi kriteria itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini