Dua beregu lelaki negara, berjaya melepasi cabaran awal selepas menewaskan lawan masing-masing di pusingan pertama yang berlangsung di Bali International Convention Centre.

Turun selaku bukan pilihan, pemain beregu lelaki negara,Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menang straight set ke atas pemain pilihan ke-6 kejohanan, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 21-17, 21-15. Yew Sin-Ee Yi dijadualkan bertemu pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada pusingan seterusnya. Dalam satu lagi aksi, gandingan Nur Izzuddin- Goh Sze Fei turut tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan pasangan Korea, Kang Minhyuk-Seo Seungjae, 21-10, 21-17 dalam tempoh 39 minit.

Menurut Izzudin, pasangan lawan yang tidak mengubah strategi perlawanan menjadi kelebihan bagi mereka ketika di gelanggang. Mereka akan bertemu pasangan tuan rumah, Muhammad Solihull Fikri- Bagas Maulana di pusingan kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini