Peserta industri yang berintensif buruh, perlu lebih peka dengan peraturan buruh paksa Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat dan mencari pelan tindakan supaya tidak dikenakan Perintah Penahanan Pelepasan (WRO).

Jelas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin menerusi kenyataan memaklumkan kementerian tidak berniat untuk mempertikai hak prerogatif CBP, tetapi berpendapat dakwaan itu, tidak adil dan berat sebelah.

Terdahulu, Agensi penguatkuasaan CBP Amerika Syarikat menjelaskan memperoleh bukti dakwaan buruh paksa serta prosedur siasatan yang telah dilakukan dan menyebabkan produk daripada enam firma Malaysia masih dilarang memasuki pasaran negara itu akibat perintah WRO.

Justeru, pemain industri Malaysia terutama dalam sektor perladangan dan sarung getah yang berintensif buruh perlu mengambil kira sensitiviti CBP.

Kementerian turut menghargai usaha Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) untuk bekerjasama dengan CBP dalam isu tadbir urus isu buruh asing dan tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini