Industri minyak dan gas terus menjadi pemacu kepada sumber ekonomi terutama negeri yang fokus kepada eksport bahan mentah.

Pensyarah Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan, Dzul Hadzwan Husaini berkata sumber itu boleh dimajukan lagi dengan menghasilkan nilai tambah menerusi produk hiliran.

Ujar beliau ini termasuk menghasilkan produk berasaskan tenaga dan petroleum yang boleh di eksport dengan harga lebih tinggi.

Meskipun Sarawak kini bergerak kearah sumber tenaga hijau seperti Hidrogen dan Hidroelektrik, Dzul Hadzwan tidak menafikan sumber dari Minyak dan Gas masih menyumbang pendapatan dan nilai cukai yang tinggi kepada negeri.

Beliau berkata demikian menerusi program RANDAU PRU DUN Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini