Industri minyak sawit yang menjadi penyumbang keempat terbesar kepada ekonomi negara dijangka terus mengekalkan prestasi lebih baik tahun ini.

Prospek positif itu akan disokong penawaran dan permintaan yang seimbang serta kemasukan tenaga buruh asing dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Ahmad Parveez, bagi 11 bulan pertama tahun lalu, nilai eksport produk sawit berjumlah RM95 bilion.

Angka itu katanya, diunjur melebihi RM100 bilion untuk keseluruhan 2021.

Dalam perkembangan berasingan, Maybank Investment Bank Bhd turut positif terhadap prospek sektor perladangan pada tahun ini.

Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjur pada RM3,200 satu tan tahun ini berbanding RM4,430 satu tan tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini