Lembaga Minyak Sawit Malaysia menjangkakan prospek industri sawit negara terus positif tahun ini, dengan semua indikator utama diunjur mencatat prestasi memberangsangkan. 

Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) diramal tumbuh 4.9 peratus kepada 19-juta tan, berbanding 18.12 juta tan pada 2021.

Stok simpanan juga diunjur naikĀ  daripada 1.58 kepada 1.95-juta tan.

Bagaimanapun, hasil eksport dijangka susut RM95 bilion berbanding RM106.50 bilion.

Bagi 12 bulan pertama tahun lalu, purata harga MSM meningkat 64.1 peratus kepada RM4,407 satu tan, nilai tertinggi pernah dicatatkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini