Diberi jolokan ‘Switzerland Timur’ wilayah Kahsmir yang bergantung kepada industri pelancongan terjejas teruk.Di Tasik Dal, Srinagar misalnya, rumah bot yang dihias dan kebiasaannya dipenuhi pelancong kini lengang.Jalan-jalan yang kebiasaannya sibuk dengan penduduk tempatan dan pelancong asing juga lengang.Semuanya akibat tindakan kerajaan India memperketat kawalan keselamatan selepas melucutkan status Kashmir sebagai wilayah autonomi. Ramai meninggalkan kawasan itu selepas pihak berkuasa menggesa pelawat meninggalkan Kashmir atas alasan ancaman pengganas, beberapa hari sebelum New Delhi mengambil alih sepenuhnya wilayah Kahsmir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini