Industri pelancongan negara masih bergelut dengan masalah kekurangan pekerja impak daripada wabak COVID-19.

Ini termasuk terdapat pekerja hotel takut untuk kembali bekerja kerana ketidaktentuan industri itu yang mungkin ditutup semula.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri sehubungan itu berkata, Keluarga Malaysia dipelawa memenuhi kekosongan jawatan dalam sektor perhotelan, bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Beliau ditemui media selepas majlis pelancaran pengiklanan badan pesawat (livery) serta kempen #GoJalanLah di Sky Park RAC Industrial Park Bukit, Jelutong, Shah Alam, Selangor

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini