Industri sawit dijangka menyumbangkan nilai eksport sebanyak RM100 bilion tahun ini berbanding RM73 billion yang di catatkan pada 2020.

Menurut  Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, harga minyak sawit mentah (MSM) mencecah RM5,404 satu tan pada 3 November dan paras itu merupakan yang tertinggi pernah direkodkan.

Menurut beliau, berdasarkan purata harga MSM bagi tahun ini untuk tempoh Januari hingga Oktober, ia melonjak 65 peratus kepada RM4,276.50 satu tan daripada RM2,583.50 satu tan yang dicatatkan semasa tempoh yang sama pada tahun lepas.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) di Bangi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini